Kekal balada nada tinggi
Ridzuan Abdul Rahman mohamadridzuan@hmetro.com.my Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Julai 2019 @ 7:10 AM Sumber: hmetro BERTUBUH kecil tetapi lontaran vokalnya yang nyaring dan lantang menjadi identiti yang membezakan Ramlah Ram dengan penyanyi lain. Ramlah, 54, baru sahaja selesai merakamkan single baharu berjudul Masar Cinta yang akan menemui peminat tidak lama lagi. “Ada cerita di sebalik lagu yang dihasilkan oleh arwah Suzaimi Soaib ini. “Dia rakan baik dan presiden kelab peminat saya iaitu Ramlah Ram Grup (RRG). “Dia banyak berkorban untuk saya dan ketika di studio, saya sangat susah untuk menyanyikan lagu ini,” katanya. Ramlah menjelaskan, penghasilan lagu itu lebih berupa tribut kepada Suzaimi yang meninggal dunia pada Mac, tahun lalu. “Saya rasa sedih dan sebak ketika menyanyikannya kerana teringatkan kekuatannya melawan penyakit yang dihadapi. “Namun, saya tidaklah menangis ketika dalam studio kerana sudah puas mena...