Biografi
Kelahiran: 19 Februari 1965, Kesang, Tangkak, Johor, Malaysia
Genre: Pop, Ghazal, Zapin, Joget, Dangdut, Pop Rock
Pekerjaan: Penyanyi, pelakon, model
Instrumen: Vokal
Tahun aktif: 1985 - kini
Syarikat rakaman: Nawab Productions (NP; 1986 - 1991), (Sony BMG; 1992 - 1999), (FMC; 2006 - 2012); RRG Entertainment (2012-kini)
Laman rasmi: RamlahRam.com
Ramlah Ram adalah penyanyi dan pelakon Malaysia yang berasal dari Kesang, Muar, Johor. Dilahirkan pada 19 Februari 1965. Beliau adalah bintang kelahiran RTM, menerusi pertandingan Bintang RTM pada tahun 1985. Beliau membuat persembahan memukau menerusi lagu 'Rindu' yang dipopularkan oleh Hetty Koes Endang pada malam akhir satu-satunya pertandingan berprestij ketika itu. Antara lagu-lagu popular nyanyian beliau yang masih diminati sehingga kini ialah Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu, Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi, Ke Kiri Sepi Ke Kanan Rindu dan lain lain.
Kerjaya muzik
Album pertama beliau diterbitkan oleh Datuk Ahmad Nawab dengan judul Sabarlah Sayang pada tahun 1986 dan bintangnya mula 'meledak' dalam tahun 1988 menerusi album 'Kau Kunci Cintaku (dalam hatimu) di mana beliau merupakan artis pertama Malaysia meraih jualan album melebihi 300,000 unit. Album terbaik ketika itu juga turut memuatkan lagu 'Apa Khabar mu Di Sana' dan 'Diam Diam Jatuh Cinta'.
Antara lagu hits nyanyian beliau ialah 'Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi' (1989), 'Duri Dalam Cinta' (1990), 'Siapa Yang Bersalah' (1991), 'Madah Dan Karenah' (1992), 'Selamat Jalan Romeo' (1994), 'Keangkuhanmu' (1995), 'Zapin Yang Tinggal' (1998), 'Kasih Tak Berpinggir' (1999), 'Maharaja' (2006), 'Dirgahayu' dan 'Ketentuan' (2007/2008).
Setelah menyepikan diri kerana komitmen rumahtangga yang dibina pada tahun 2000, Ramlah Ram muncul kembali menerusi lagu 'Maharaja' pada tahun 2006 dan namanya kembali ke puncak. Single berjudul ‘Maharaja’ ini dimuatkan dalam album kompilasi ‘Pujaan Pop Asli’. Sambutan peminat di luar dugaan Ramlah apabila lagu itu mendapat sambutan hangat. Dari situlah Ramlah berminat membuat ‘comeback’.
Album terbaru yang berada di pasaran pada 1 Jun 2009 telah memuatkan lagu ‘Ketentuan’ dan ‘Dirgahayu’ yang mara ke peringkat akhir Juara Lagu 22. Album ini memuatkan lagu-lagu hebat ciptaan Hazami, Azlan Abu Hassan, Sharon Paul, Tam Spider, Aidit Alfian, Fauzi Marzuki dan M. Nasir.
Album Ramlah Ram berjudul Aspirasi Hati telah dipasarkan pada Oktober 2012. Buat pertama kali penerbitan album ini dihasilkan oleh ahli kelab peminatnya Ramlah Ram Group dan dipasarkan oleh pihak FMC. Album ini merupakan album pertama di Malaysia yang diterbitkan oleh kumpulan peminat berdaftar. Album ini masih mengekalkan konsep Pop tetapi bekerjasama dengan pencipta-pencipta baru yang berbakat yang merupakan ahli-ahli kelab peminatnya sendiri manakala susunan muzik dihasilkan oleh komposer terkenal seperti Ady 6ixthsense, Mikael dan Ammar Dramaband. Antara lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album terbaru beliau ialah '5:00 minit','Cinta Gila', 'Benar mencintai', 'Sejadah Cinta', 'Seandainya', 'Sesaat Kau Datang' dan 'Takdir Cinta'.
Tahun 2020, Ramlah Ram telah menghasilkan sebuah single terbaru yang bertajuk 'Masar Cinta'. Klik DI SINI untuk mendengarkan single terbaru beliau.
Pencapaian
- Juara Bintang RTM 1985
- Juara Anugerah Juara Lagu 1988 (Kau Kunci Cintaku di Dalam Hatimu).
- Juara Persembahan Terbaik [Anugerah Juara Lagu 1988] – Lagu ‘Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu]
- Tempat Ke Tiga Juara Lagu 1989 ( Cintaku hanyut Di lautan Sepi )
- Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1988
- Anugerah Artis Melayu Pertama menerima anugerah Platinum Kembar Lima menerusi Album ‘Kau Kunci Cintaku di Dalam Hatimu’ yang terjual melebihi 350,000 unit dan sehingga kini album tersebut terjual hampir 500,000 unit oleh Malaysia Book of Records
- Anugerah Album Melayu Pertama ’Kau Kunci Cintaku di Dalam Hatimu’mencapai hasil jualan tertinggi sepertimana tercatit dalam ‘Book of Record Malaysia’
- Pencapaian ‘Single Platinum Disc’ pada tahun 1988 untuk Album ‘Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu’ kerana jualan melebihi 10,000 unit di Singapura sahaja.
- Tempat Ketiga Kategori Lagu Terbaik, Anugerah Juara Lagu 1989 menerusi lagu Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi, ciptaan Dato' Ahmad Nawab dan lirik oleh Juwie
- Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1989
- Pencapaian ‘Double Platinum Disc’ pada tahun 1990 untuk Album ‘Cintaku Hanyut Dilautan Sepi’ kerana jualan melebihi 100,000 unit dan sehingga kini album tersebut terjual melebihi 280,000 unit
- Pencapaian ‘Single Platinum Disc’ pada tahun 1990 untuk Album ‘Duri Dalam Cinta ‘ kerana jualan melebihi 50,000 unit. Album tersebut mencatat sejarah jualan di hari pertama sebanyak 60,000 unit & kini melebihi 100,000 unit
- Pencapaian ‘Single Platinum Disc’ pada tahun 1991 untuk Album ‘Kau Penawar Segala Dukaku’ kerana jualan melebihi 50,000 unit dan kini album tersebut melebihi 100,000 unit
- Pencapaian ‘Gold Disc’ pada tahun 1992 untuk album Di Ambang Pintu Kasih kerana jualan melebihi 25,000 unit
- Pencapaian ‘Single Platinum Disc’ pada tahun 1993 untuk album Di Ambang Pintu Kasih kerana jualan melebihi 50,000 unit
- Finalist 'Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita)' Anugerah Industri Muzik 1993 menerusi album 'Di Ambang Pintu Kasih'
- Finalist lagu 'Di Ambang Pintu Kasih' melalui pertandingan akhir pujaan 10 Nescafe anjuran RTM (1993)
- Finalist 'Album Pop Tradisional Terbaik' Anugerah Industri Muzik 1994 menerusi album 'Dangdut'
- Finalist Juara Lagu 1994 kategori Irama Malaysia menerusi lagu ‘Selamat Jalan Romeo’
- Pencapaian ‘Single Platinum Disc’ pada tahun 1994 untuk album Dangdut kerana mencapai tahap jualan melebihi 50,000 unit dan sehingga kini album tersebut terjual melebihi 120,000 unit
- Pencapaian ‘Single Platinum Disc’ pada tahun 1994 untuk album 'Pasti Hitz' kerana mencapai tahap jualan melebihi 50,000 unit
- Finalist Vokal Wanita Terbaik Di Dalam Album Anugerah Industri Muzik 1996 menerusi album ‘Ramlah Ram’
- Pemenang Anugerah ‘Golden Voice’ di Vietnam 1996 semasa mewakili Malaysia ke Pesta Lagu Asean (ASEAN Song Festival)
- Finalist 'Album Pop Etnik Terbaik' Anugerah Industri Muzik 1997 menerusi album 'Cinta Di Musim Dangdut'
- Pencapaian ‘Single Platinum Disc’ pada tahun 1998 untuk album ‘Dunia Dangdut Super Duet’ kerana mencapai tahap jualan melebihi 50,000 unit
- Finalist 'Album Pop Etnik Terbaik' Anugerah Industri Muzik 1998 menerusi album 'Sekeping Cinta Sehampar Janji’
- Finalist Anugerah Juara Lagu 1998 kategori Irama Malaysia & Etnik Kreatif menerusi lagu ‘Zapin Yang Tinggal’ ciptaan Herman Tino
- Finalist Anugerah Juara Lagu 22 (2007) kategori Etnik Kreatif menerusi lagu ‘Dirgahayu’ ciptaan Raden Sri dan lirik Hairul Anuar Harun
- Lagu Terbaik, Anugerah Hits Satu anjuran RTM menerusi lagu ‘Ketentuan’ ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik oleh AD Samad
- Finalist Lagu Pop Etnik Terbaik Anugerah Industri Muzik 2009 menerusi lagu ‘Dirgahayu’ ciptaan Raden Sri dan lirik oleh Hairul Anuar Harun
- Finalist Lagu Pop Terbaik Anugerah Industri Muzik 2009 menerusi lagu ‘Ketentuan’ ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik oleh AD Samad
- Anugerah Khas anjuran Media Hiburan 2010
- Sesaat Kau Datang featuring Sleeq Juara Muzik Muzik selama 11 minggu berturut-turut
- Separuh akhir Muzik Muzik dengan lagu Sesaat Kau Datang
Sumber: Wikipedia | RamlahRam.com | Discogs.com